Kiraan darah lengkap (
CBC,
Bahasa Inggeris: complete blood count), juga dikenali sebagai
kiraan darah penuh (
FBC,
Bahasa Inggeris: full blood count), ialah set ujian
makmal perubatan yang memberi
maklumat tentang sel di dalam
darah seseorang. CBC menunjukkan kiraan
sel darah putih,
sel darah merah dan
platelet, kepekatan
hemoglobin, dan
hematokrit (peratus isi padu sel darah merah).
Indeks sel darah merah, yang menunjukkan saiz purata dan kandungan hemoglobin sel darah merah, juga dilaporkan, dan
pembezaan sel darah putih, yang mengira jenis sel darah putih yang berbeza, boleh termasuk.CBC selalu dijalankan sebahagian daripada penilaian perubatan, dan boleh digunakan untuk memantau penyakit kesihatan atau diagnos. Keputusan ditafsir dengan membandingkannya dengan
julat rujukan, yang berbeza-beza dengan jantina dan umur. Keadaan seperti
anemia dan
trombositopenia ditakrifkan oleh keputusaan kiraan darah lengkap yang abnormal. Indeks sel darah merah boleh memberikan maklumat tentang sebab anemia seseorang seperti
kekurangan ferum dan
kekurangan vitamin B12, dan keputusan pembezaan sel darah putih boleh membantu mendiagnosis
jangkitan virus,
bakteria dan
parasit dab
gangguan darah seperti
leukemia. Bukan semua keputusan jatuh di luar julat rujukan memerlukan intervensi perubatan.CBC dijalankan menggunakan kelengkapan makmal asas atau
penganalisis hematologi automatik, yang
mengira sel dan mengumpul maklumat tentang saiz dan strukturnya. Kepekatan hemoglobin diukur, dan indeks sel darah merah dihitung dari ukuran sel darah merah dan hemoglobin. Ujian manual boleh digunakan untuk mengesahkan keputusan abnormal dengan bebas. Lebih kurang 10–25% sampel memerlukan semakan
lumuran darah manual,
[5] di mana darah
diwarnakan dan dilihat di bawah
mikroskop menentusahkan keputusan penganalisis adalah tekal dengan rupa sel dan mencari keabnormalan. Hematokrit boleh ditentukan secara manual dengan
mengempar sampel dan mengukur proportion sel darah merah, dan di makmal tanpa capaian kepada alat automatik, sel darah dikira di bawah mikroskop menggunakan
hemositometer.Pada tahun 1852,
Karl Vierordt menerbitkan tatacara pertama untuk menjalankan kiraan darah, yang melibatkan menyebarkan isi padu darah yang diketahui di slaid mikroskop dan mengira setiap sel. Reka cipta hemositometer pada tahun 1874 oleh
Louis-Charles Malassez meringkaskan analisis mikroskop sel darah, dan pada akhir abad ke-19,
Paul Ehrlich dan
Dmitri Leonidovich Romanowsky membangunkan teknik mewarnakan sel darah merah dan putih yang masih digunakan untuk memeriksa lumuran darah. Kaedah automatik untuk mengukur hemoglobin dibangunkan pada 1920-an, dan
Maxwell Wintrobe memperkenalkan kaedah hematokrit Wintrobe pada tahun 1929, yang seterusnya membenarkannya mentakrif indeks sel darah merah. Peristiwa penting dalam automasi kiraan sel darah merupakan
prinsip Coulter, yang dipatenkan oleh
Wallace H. Coulter pada tahun 1953. Prinsip Coulter menggunakan ukuran
impedans elektrik untuk mengira sel darah dan menentukan saiznya; ia ialah teknologi yang kekal digunakan dalam banyak penganalisis automatik. Penyelidikan lanjut pada 1970-an melibatkan penggunaan ukuran
optik untuk mengira dan mengenal pasti sel, yang membolehkan automasi pembezaan sel darah putih.